Monday, November 24, 2014

Kem Lencana Ahli Berkhemah SMK Bandar Baru Sentul

Para peserta bergambar bersama khemah kuartermaster dan gejet-gejet yang dibina

Kem Cangkat Budaya telah menerima kehadiran lapan orang calon Lencana Ahli Berkhemah daripada Troop Pengakap Laut 183 WP Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Troop Pengakap Laut 22 Daerah Batu) pada 21 hingga 23 November 2014 yang lalu. Lencana Berkhemah adalah Lencana Kepandaian Wajib bagi Kumpulan Pengetahuan. Mereka telah dipimpin secara sepenuh masa oleh Pembimbing Bertugas, Encik Nur Firdaus.

Para peserta sedang menjalani ujian menyediakan makanan di dapur KCB

Antara ujian yang telah diadakan ialah pemasangan khemah, pembinaan gejet, memasak makanan, teori dan amali keselamatan, kriteria pemilihan tapak perkhemahan, aspek kebersihan, pembinaan khemah kuartermaster, penyimpanan bahan makanan dan lain-lain lagi. Semua calon telah memberi komitmen yang amat baik terhadap ujian yang dijalankan dan telah lulus dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua calon.

Lencana Ahli Berkhemah

Monday, September 8, 2014

Perkhemahan Lencana Kemahiran SM Sains Seri Puteri


SM Sains Seri Puteri telah menjalankan Perkhemahan Lencana Kemahiran Pengakap Remaja di KCB pada 5 hingga 7 September 2014 yang lalu. Perkhemahan ini telah disertai oleh 19 orang Ahli Pengakap Remaja dari SM Sains Seri Puteri dan 2 orang Ahli Pengakap Remaja dari SMK Bukit Bandaraya. Turut hadir ialah Pemimpin Pengakap SM Sains Seri Puteri, Puan Aida binti Aris dan Penolong Pemimpin Pengakap SM Sains Seri Puteri, Cik Siti Narini binti Idris.




Aktiviti yang dijalankan meliputi kawad kaki, kawad tongkat Pengakap, masakan rimba, pembinaan pondok ikhtiar hidup, jerat ringkas, ilmu pandu arah dan kompas, kemahiran penganggaran, ilmu menjejak dan plaster casting, simpulan dan ikatan, istiadat kepengakapan dan Malam Pengakap. Kesemua peserta telah menunjukkan pemahaman yang baik dari segi teori dan praktikal dalam semua sesi yang dijalankan. 


Ini merupakan kali kedua SM Sains Seri Puteri menjalankan perkhemahan di KCB setelah kali pertama menjejakkan kaki ke sini pada bulan Ogos tahun 2012 yang lalu. Semoga objektif perkhemahan yang ditetapkan telah tercapai dan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di KCB.

Monday, August 18, 2014

Perkhemahan Lencana Usaha dan Maju SMK Bukit Bandaraya


Troop Pengakap SMK Bukit Bandaraya telah menganjurkan Perkhemahan Lencana Usaha dan Maju di KCB pada 15 hingga 17 Ogos yang lalu. Perkhemahan ini telah disertai oleh 19 orang calon Lencana Usaha dan 10 orang calon Lencana Maju menjadikan jumlah keseluruhan peserta ialah 29 orang. Seramai 8 orang guru diketuai oleh Pemimpin Pengakap SMK Bukit Bandaraya, Puan Amani binti Mohamed telah membantu perjalanan perkhemahan dengan menyediakan makanan untuk semua peserta.


Perkhemahan ini turut melibatkan kembara sejauh 8 kilometer melalui Kampung Jenderam Hilir, Yayasan Al-Jenderami dan Kampung Jenderam Hulu. Kesemua calon-calon telah menunjukkan minat yang mendalam dan berjaya menyelesaikan sesi-sesi yang diadakan dengan baik. Semoga perkhemahan ini dapat menyemarakkan minat mereka untuk terus maju dalam kepengakapan.